Fatwa Imam an-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqalani.
Syarat beramal dengan hadis Dhaif.
1.Hendaklah Dhaif itu bukan Dhaif yang bersangatan.
2.Hendaklah hadis Dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan amal. Sekiranya hadis Dhaif itu membentuk suatu hukum, maka ia tertolak.
3.Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi SAW.
4.Tidak boleh menyeru orang ramai beramal dengannya. HARAM menyebarkan TANPA menyatakan Dhaifnya dan kemudian menyeru orang ramai beramal dengannya.
5.Jika hendak beramalpun hendaklah amalan itu amalan yang terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih sahaja. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diamalkan.
Inilah lima Syarat yg diperuntukkan oleh Imam Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani sebelum membolehkan beramal dengan hadis Dhaif.
Hari ini entah berapa ramai penceramah agama yang tak berapa ambil berat akan Syarat2 ini. Mereka membaca hadis2 dhaif dalam ceramah mereka tanpa menjelaskan kedhaifannya. Jika ada yang cuba menjelaskan kedhaifan hadis tersebut akan dipandang serong.
Lebih malang lagi atas alasan 'APA SALAHNYA BENDA BAIK,' mereka mengajak orang ramai beramal dengannya sehingga masyarakat menganggap ia amalan yang benar2 dianjurkan oleh Syariat. Akibatnya amalan yang tidak menepati sunnah terus berakar umbi dalam masyarakat sehingga sukar untuk diperbetulkan.
Sepatutnya jika tidak mampu memenuhi Syarat yang ditetapkan oleh Ulamak janganlah sebar atau mengajak orang ramai beramal dengannya. Tinggalkanlah yang dhaif kerana terlalu banyak hadis Sahih yang belum diamalkan bahkan dianggap pelik oleh sebahagian besar masyarakat jika ada yang mengamalkanNya.
Allahua'lam
No comments:
Post a Comment