Wednesday, March 2, 2016
Menuntut Ilmu
1. Banyok dalil dalam Al-quran Allah memuji dan menyatakn kelebihan menuntut ilmu.
2. Ulama membahagikan ilmu kepada ilmu itu kepada bahagian 2 iaitu:
●ilmu yang bermanfaat
●ilmu yang tidak bermanfaat.
3. Tanda ilmu itu bermanfaat ialah dengan bertambah ilmu itu maka semakin bertambah takut kita kepada Allah.
4. Dalam mencari ilmu kita perlu memahami 2 perkara iaitu sebab apa kita mencari ilmu dan bagaimana kita mencari ilmu.
5. Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw:-
إن الله تعالى لا ينظر الى صوركم واموالكم وانما ينظر الى قلوبكم واعمالكم.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah taala tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi ia memandang kepada hati dan amal usaha kamu.
6. Maka ulama sebut ada 6 sebab kenapa kita menuntut ilmu iaitu:-
●kerana fardhu
●membetulkan perjalanan
●ingin mendapatkan ganjaran Allah
●untuk takut kepada Allah
●untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki
●untuk menyebarkan ilmu
7. Kita mesti berjaga niat dalam menuntut ilmu kerana terdapat amaran Rasulullah. Dari Ka’ab bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ، أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ، أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ، أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ
“Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri terhadap ulama, mendebat orang-orang bodoh, atau memalingkan perhatian manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke neraka.” [HR At Tirmidzi (2654), Ibnu Majah dalam Al Muqoddimah (253)Hadits hasan.]
8. Ulama menyebut juga cara untuk kita menuntut ilmu iaitu dengan memahami syiar Imam Syafie:-
قال الامام الشافعي : أخي، لن تنال العلم إلا بستة ؛-
1) ذكاء
2) حرص
3) اجتهاد
4) بلغة
5) ارشاد استاذ
6) طول زمان
Kata Imam AsSyafie:
Wahai Saudaraku, Tidak kesampaian ilmu itu kecuali dengan enam perkara :
1)Bijaksana
●bijak terbahagi kepada 2 iaitu kebijakkan yang semulajadi yakni anuherah dari Allah dan yang kedua dengan kesungguhan.
2)Kehendak hati.
●untuk mendapatkan kehendak hati yang kuat ulama mengajar kita untuk mendapatkannya dengan banyak membaca kisah-kisah ulama silam dalam menuntut ilmu.
3)Bersungguh Sungguh
●bersungguh-sungguh yakni kita mendahulukan majlis ilmu dari majlis-majlis lain.
4)Belanja
5)Mendapat Bimbingan Dpd Guru
●ulama menyatakan guru yang dipilih mestilah guru yang mursyid.
6)Waktu Yang Panjang
●yakni jangan berputus asa dalam menuntut ilmu dan jangan berasa cukup dengan ilmu yang dimiliki.
9. Maka cari ilmu dengan sebaik mungkin kerana ilmu bakal mengubah manusia kearah lebih baik.
10. Sehingga Imam Ghazali meletakkan dalam kitabnya Minhajul Abdin iaitu dalam aqabah pertama iaitu aqabah ilmu.
والله أعلم....
■Ibnu Ghazali Al-payungi
■10 Rabiu akhir 1437/ 20 januari 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment