1. IMAM BUKHARI (Wafat 256h)
Namanya ialah Abu Abdillah MUHAMMAD b. ISMAIL b. IBRAHIM b. MUGHIRAH b. BARDIZBAH AL-BUKHARI.
Lahirnya Imam pada hari Jumaat, 13 Syawal 194 H. Disebuah kampung di Bukhara.
Beliaulah antara ahli hadits yg banyak menghimpunkan hadits² Nabi ketika hadits² tersebut masih berada didalam dada para ulama. Maka dikutipnya hadis² tersebut dan dilihat segala lafaznya dan sanadnya dan dihimpun dan ditulis didalam kitabnya yg diberinama Sohih Al-Bukhari.
Ada yang dihimpunkan didalam kitab yg lain seperti Adabul Mufrad, Tarikh Al-Kabir & lain².
Beliau telahpun menghimpun hadis² tersebut dalam 600,000 hadits. Dan memasukkan ke dalam Sohih Bukhari sebanyak 7,275 hadits.
Sepanjang riwayat, beliau menulis hadits tersebut dengan berwuduk dengan air zam² dan bersembahyang sunat 2 rakaat di Maqam Ibrahim.
Bereti penulisan kitab bukhari khatam di Makkah.
90,000 orang yang biasanya mendengar bacaan hadits oleh Al-Imam.
Imam bukhari tetap mengikuti madzhab Syafie kerana mengetahui fiqh bukan boleh diukur dengan hadits semata².
Mengikuti madzhab bererti menyerahkan urusan hukum kepada ahlinya setelah beliau menghimpunkan sekalian hadits tersebut.
Kerana itu Para ulama menyebut. SETIAP FAQIH ITU MUHADDITS, namun BUKANLAH SETIAP MUHADDITS ITU FAQIH.
No comments:
Post a Comment