Umur 14, Budak Perempuan ...
Mereka sedang mencari identiti.
Mereka sudah baligh tika ini
Hormon estrogen mula berkembang.
Sesetengah bahagian fizikal mula berubah
Perasaan suka jantina satu lagi mula berputik
Mereka baru tinggalkan sekolah rendah.
Kini di sekolah menengah.
Mereka sangka mereka sudah matang, maklumlah dah masuk sekolah menengah.
Namun
... ubun masih lembik
... otak masih kanak2
... pengalaman hidup masih cetek
... tetapi nak berlagak macam remaja
Sebab tu ... mereka mudah salah perhitungan
Di saat ini
Ada remaja lelaki mengorat
Dia mula respon.
Di rumah selalu tonton drama yang ada feeling
Baca buku cerita dua insan bercinta
Kemudian mak-ayah longgar kawalan
Anak keluar masuk rumah tiada peraturan
Anak pula mudah sangat diberikan smartphone
Maka menerusi we chat
Menggunakan instagram
Meneroka alam maya melalui facebook
Maka mudah terjumpalah lelaki.
Pantang 2P ... cair mereka.
P1 : puji menggunung.
Kamu manislah.
You're so sweet to me
I can't live without you
Memang kita ditakdirkan for each other
Kamu ni memang spesial buat saya
dan pelbagai skrip yang dikutip
P2 ... pujuk rayu
Jomle kita keluar
Sekejab saja ye
Sayang giler
Love .. sweetheart ... papa dan mama
Gambar yang hantar semalam tak cukuplah
Hantarla lagi ... tak puas2 renung wajah mu yang ayu tu
Tanggalkan tudung, sooooo sweeet
Tanggalkan satu dua butang lagi ... to see the real you
Lama-lama semua diberikan.
Lama-lama ikut ke mana saja
Lama-lama sentuhan berpegangan tangan
Lama-lama berpeluk cium
Lama-lama tidur sekali
Nikmat mula di rasa.
Ini antara punca ramai dilaporkan di akhbar
Anak gadis umur 13, 14 , 15 ... :"hilang"
Pelajar Tahun 6, Tiingkatan 1-3 ... hamil
Kes remaja hamil 18,000 setiap tahun
8 dari 100 remaja pernah terlibat dalam seks
4 dari 100 terlibat dalam seks sebelum usia 14 tahun
Sebab itulah Rasullullah s.a.w. telah memperingatkan kita:
"Kamu akan ikut jejak langkah umat2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut mereka" Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang dimaksudkan ?" "Siapa lagi kalau bukan mereka" jawab Nabi Muhammad s.a.w. (Hadith Riwayat Muslim)
Durjana sosial tidak berlaku secara mendadak.
Perlahan perlahan ...lama2 sudah terlanjur.
Bagaimana mahu kawal anak seperti ini ? Ia termasuk:
a. Memantapkan solat
b. Ajak baca Qur'an bersama ibubapa setiap hari w/pun sehelai m/surat
c. Bantu pupuk halatuju
d. Bantu seronok meneroka ilmu, seronok belajar
e. Spend time lebih berinteraksi ibubapa dan anak
f. Bantu mereka pilih kawan kerana Allah
g. Ada peraturan keluar-masuk rumah. Anak jangan bebas ke mana saja
h. Ibubapa kena tegas tetapi cukup penyayang ...
Didikan yang begini. InSyallah maka anak kita tidak mungkin jadi bahan berita di surat khabar, Tv apatah lagi media sosial.
Banyak sangat gadis umur 13 - 15 terjebak dalam pelbagai gejala sosial.
SAYA LANGSUNG TIDAK SALAHKAN ANAK
Saya salahkan ibubapa yang tidak mendisiplinkan anak
Saya salahklan ibubapa yang terlalu sibuk hingga tiada masa dengan anak
Saya salahkan ibubapa yang biar w/pun memanjang anak depan TV
Saya salahkan ibubapa yang mudah bagi anak smartphone
Saya salahkan ibubapa yang tidak tegas membesarkan anak
Sekian untuk renungan bersama.
Sila share jika difikirkan bermanfaat.
Dr. Shukri Abdullah / 6.40 petang / 4 Januari 2016
No comments:
Post a Comment