Wednesday, March 2, 2016

Intelektual vs konservatif

Semasa berlangsungnya zaman kegemilangan umat Islam, Intelektual subur dlm masyarakat. Mereka menghayati budaya ilmu. Di dalamnya mereka meletakkan Ilmu dan Ilmuan di tempat yg tertinggi serta sentiasa menuntut, mengembang serta dikongsi secara bersama. 

Berpandukan petunjuk al-Quran dan Sunnah mereka mampu menyelaminya secara mendalam tanpa menjadikan perbezaan pendapat sbgai suatu yg merosakkan. Suasana yg sihat sebegitu menjadikan Islam telah lahir sbgai sebuah tamadun besar hingga mampu mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.


Namun suasana yang sangat berbeza berlaku kpd masyarakat islam hari ini, pertembungan pendapat menjadikan  suatu yg negatif dan amat menakutkan sehingga menyebabkan lahirnya sikap jumud dan taksub.


Perangkap minda ini membawa kpd tragedi permusuhan dan perbalahan kalangan Intelektual dan penentang2nya. Mereka yg bersifat ‘pengacau’ ini biasanya adalah dari kalangan golongan Konservatif.


Ciri ciri lazim yg biasa dilihat antara Intelektual dan Konservatif ialah:


.Intelektual biasanya terdiri dikalangan orang muda, berani dan lantang bersuara. Manakala Konservatif biasanya kalangan orang tua, suka bertaqlid buta. Kalaupun mereka yg konservatif tu usianya muda tapi pemikirannya macam orang tua, sukar nak buat perubahan. 


·Intelektual rajin membaca dan mengkaji. Manakala Konservatif bersikap Pasif dan malas membaca dgn alasan kononya ada hadis yg berbunyi “Jgnlah kamu membaca kitab tanpa berguru, krn sesiapa yg membaca kitab tidak dihadapan Tok Gurunya maka Syaitanlah Gurunya”..maka beralasan kpd hadis palsu ini mereka sanggup jadi jahil asalkan tidak bergurukan Syaitan.


·Intelektual kritis, artikulis lagi puitis. Mereka berani mengeluarkan pendapat. Manakala Konservatif tidak kreatif, suka menyembunyikan Ilmu. Sedangkan menyebarkan Ilmu adalah wajib sebagaimana hadis “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”[Sahih Bukhari].


·Intelektual menggalakkan perdebatan dan berhujjah, konsisten dlm mengeluarkan pendapat. Manakala Konservatif  takut berhujjah. Kalaupun berhujjah, hujjahnya dangkal, bersifat sentimen semata. Disebabkan tidak selesa dgn tradisi perdebatan, Konservatif pun menciptalah ungkapan yg kononnya hadis Nabi “Janganlah kamu banyak bertanya, barang siapa yg banyak bertanya maka lemahlah Imannya”.. …dan dgn berpegang kpd ungkapan ini ‘Taqlid Buta’ terus subur dikalangan Konservatif.


.Intelektual melihat kpd Fakta dan bukti, Konservatif pula lebih suka melihat kpd ‘Tauliah’. Siapa yg tiada tauliah cakapnya tak boleh dipakai walaupun yg bercakap tu mengemukakan hujjah dan dalil dari al-Quran & Sunnah.


·Intelektual mementingkan Kualiti dalam melakukan Ibadah. Manakala golongan Konservatif suka melihat Kuantiti. Agama hanya mengiktiraf sesuatu itu berkualiti  berdasarkan dalil yg Saheh, manakala Kuantiti tidak bermakna jika kaedahnya tidak bertepatan dgn dalil yg Saheh.    


·Intelektual menyeru kpd Islam yg luas dan tulin, manakala Konservatif suka menjadikn agama ini sempit, eksklusif untuk golongan mereka saja.


·Intelektual menekankan konsep berfikir utk memahami sesuatu perkara, manakala Konservatif menekankan konsep ‘dengar dan ikut saja apa yg guru ajar, jgn sekali kali dipersoalkan’. Kaedah ini hanya akn ‘memandirkan’ fikiran umat Islam.


·Intelektual menolak sebarang bentuk khayalan dlm Agama. Manakala Konservatif suka kpd cerita2 pelik seperti Kewalian & Kesufian. Kagum dgn cerita tentang Wali yg boleh solat beribu2 rakaat semalaman, boleh terbang, boleh ghaib dan sbginya yg ternyata bercanggah dgn logik akal dan Fakta al-Quran & Sunnah.     


Cara golongan Konservatif menentang Intelektual ialah:-


·Tuduh Intelektual suka mengenengahkan perkara cabang atau ranting. Padahal Konservatif tidak memahami apa yg dikatakan cabang dan ranting dlm Agama.  Mereka sengaja menonjolkan hal cabang dan ranting bagi mengelirukan org ramai supaya org ramai jgn ambil pusing.


·Tuduh Intelektual bawa Fahaman mengelirukan dan memecahbelahkan Ummat. Padahal Intelektual bercakap berdasarkan Fakta al-Quran & Sunnah yang jelas. Konservatif sering tak setuju dgn hujjah yg dikemukakan oleh Intelektual, walaupun mereka sendiri tiada hujjah.


·Tuduh Intelektual suka menonjolkan diri. Sdgkan Konservatif tak buat apa2. Malas membaca dan menulis. Mereka berasa selesa ‘Bertaqlid Buta’ pada ajaran turun temurun.


·Tuduh Intelektual pemecahbelah masyarakat, padahal sebenarnya Konservatif takut tembelang mereka yg akan pecah dan terpalit kemuka sendiri.  


·Tuduh Intelektual memperlekeh, mencerca serta menolak para Ulama’. Padahal Intelektual hanya mengkritik berdasarkan hujjah al-Quran & Sunnah. Ini amat digalakkan dalam tradisi menuntut Ilmu. Agama memberi ruang kita memilih mana2 pendapat  selagi pendapat itu tidak terkeluar dpd asas-asas  al-Quran & Sunnah, sbgmana hadis dari Aisyah“ Nabi saw tidak memilih antara dua perkara melainkan yg paling mudah antara keduanya selagi ia tidak menjadi dosa”[Saheh Bukhari]


Apabila Intelektual yg diserang mempertahankan pendapatnya, penentangnya tidak mampu berhujjah, lalu menyelamatkan diri dengan mengajak Intelektual berdamai. Namun intelektual tetap meneruskan tradisi mengembangkan pemikirannya yg kontradik, maka Konservatif menggunakan kuasa bagi menghalang Intelektual dari terus bersuara. 


Maka Intelektual sentiasa dianiaya oleh golongan konservatif yg suka bersikap sebagai pembuli. Akhirnya yg menjadi mangsa keadaan ialah org awam yg terus keliru dan tenggelam punca tak tahu mana satu yg dikatakan Agamanya yg sebenar.


Allahu Waliyyut taufiiq

No comments:

Post a Comment