Wednesday, March 2, 2016
Manfaat senyum dalam kehidupan manusia
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Selasa 24 November 2015).
Tersenyum merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk mengurangi stress dan menambah sahabat. Senyuman juga banyak memberi manfaat dalam kehidupan dan kesehatan seseorang.
Dalam Islam banyak dalil yang memerintahkan kita untuk banyak senyum. Rasulullah SAW sendiri adalah insan yang paling banyak tersenyum dalam melakukan komunikasi dengan para sahabatnya.
Rasulullah SAW berkata pada Jabir bin Sulaim:
وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ.
Ertinya:
“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah bagian dari kebajikan.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
Ertinya:
“Senyuman kamu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi).
Ummu Darda' ada meriwayatkan:
كَانَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَا يُحَدِّثُ بِحَدِيثٍ إِلاَّ تَبَسَّمَ فِيهِ فَقُلْتُ لَهُ إِنِّي أَخْشَى أَنْ يُحَمِّقَكَ النَّاسُ فَقَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُحَدِّثُ بِحَدِيثٍ إِلَّا تَبَسَّمَ.
Ertinya:
Abu Darda’ RA tidak berbicara tentang sesuatu kecuali sambil tersenyum. Ummi Darda’ berkata kepadanya : “sungguh aku khawatir bila orang lain menganggapmu bodoh”. Maka dia berkata : “Adalah Rasulullah SAW tidak berbicara tentang sesuatu kecuali dengan (wajah) tersenyum”. (HR. Ahmad).
PadaTAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang kelebihan senyuman dalam pandangan Islam dan Ilmu kesehatan:
1. Para saintis mendapati senyuman dan tertawa merupakan satu senaman dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon dalam tubuh badan.
2. Pengkaji dan pengamal perubatan di barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita.
Apabila kita tersenyum, badan akan ikut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Pendapat lain mengatakan diperlukan 62 otot untuk bermasam muka dan hanya 26 otot untuk tersenyum.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Dengan senyuman menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita tertawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda tertawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak tertawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun boleh mencecah 400 kali tertawa dalam sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan kerana kurang ketawa.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti di Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan tertawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Daripada keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.
9. Ketika kita tertawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu menurunkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian membuktikan bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40% orang yang mengidap penyakit jantung akibat kurang tertawa/tersenyum berbanding orang yang sihat kerana banyak tersenyum.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Tertawa dapat 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat yang baru.
13. Tertawa dan tersenyum juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Senyum membuat seseorang lebih menarik. Karena ada faktor daya tarik tertentu dan membuat seseorang terlihat lebih baik dibanding mengerutkan dahi.
15. Senyum dapat mengubah mood seseorang sehingga membantu seseorang mengubah suasana hatinya menjadi lebih baik. Oleh karena itu jika kita merasa sedih, cobalah untuk banyak tersenyum.
16. Senyum dapat berjangkit kepada orang lain untuk ikut tersenyum bersama. Tersenyum tak hanya mengubah suasana hati seseorang, tapi juga orang-orang di sekelilingnya.
17. Senyum dapat meredakan stress. Orang yang stress dapat terlihat dari raut wajahnya, tapi dengan tersenyum dapat mengurangkan stress sehingga lebih mampu mengambil tindakan yang lebih positif.
18. Senyum dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh
untuk bekerja lebih baik. Ketika seseorang tersenyum maka fungsi imun meningkat yang membuat seseorang merasa lebih rileks dan terhindar dari penyakit.
19. Senyum menurunkan tekanan darah . Cobalah mengukur tekanan darah saat duduk di rumah sambil membaca, lalu tersenyum selama 1 menit dan mengukur tekanan darah kembali, maka akan terlihat perbedaan.
20. Senyuman di wajah dapat membuat seseorang terlihat lebih muda kerana otot-otot yang digunakan untuk tersenyum dapat membantu mengangkat wajah sehingga membuat orang tampak lebih muda. Karenanya cobalah lebih banyak tersenyum yang membuat seseorang nampak lebih muda dan lebih baik.
21. Tersenyum dapat membuat seseorang terlihat lebih sukses. Orang yang tersenyum akan terlihat lebih percaya diri sehingga lebih dikenali, selain itu senyum pada setiap pertemuan akan memiliki reaksi orang lain yang lebih positif .
22. Senyum dapat membantu orang lebih berfikiran positif dan mengurangkan fikiran yabg negatif. Dengan fikiran yang positif dapat mengurangkan depresi, stress dan kekhawatiran serta kesehatan seseorang juga akan meningkat dan dapat menghindari dari berbagai risiko penyakit.
23. Senyuman merupakan sedekah yang paling mudah dan lakukan dan paling murah kerana ianya tidak perlu membayar apa-apa seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW di atas.
Tapi INGAT !!! JANGAN kita banyak senyum seorang seorang !!! Itu berbahaya...????
Ya Allah karuniakan kami insan yang baik terhadap sesama. Jadikan Keberadaan kami dapat memberi manfaat kepada sesama kami. Anugerahkan kepada kami senyuman yang manis dan ikhlas untuk saudara kami. Mudah-Mudahan kami sentiasa menjadi insan yang berakhlak mulia. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Selasa 12 Safar 1437 H).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment